Friday, October 22, 2010

Makan Amal di Beaufort



16/10/2010,tarikh makan amal di Beaufort. Kami bertolak dari Kota Kinabalu pada waktu tengahari dan sampai di Beaufort pada sebelah petang lebih kurang pukul 2.00pm. Selepas menyusun atur peralatan muzik dan sistem bunyi, kami memulakan latihan sebelum majlis bermula. Selepas itu saya, Bobby dan Eddie pergi mengambil Alvin di SK Pengiran Omar 1 di Pengalat, Sipitang.

Pada sebelah malamnya, majlis bermula. banyak acara yang dijalankan dan ramai jemaat Basel dari sekitar Beaufort dan gereja lain datang ke majlis itu juga. Tidak dilupakan Pdt Poiter dan keluarga, Pdt Julius John dan Ansadul. Begitu juga dengan Praktik Penginjil Irene yang melayani di Tenom. Sungguh gembira dapat berjumpa dengan mereka.

Majlis tamat pada pukul 10.30pm dan selepas mengemaskan barang-barang, kami semua balik semula ke Kota Kinabalu.

No comments: