Friday, May 23, 2008

5 Orang Terkaya Malaysia 2008

Senarai 5 orang terkaya di Malaysia:
  1. Robert Kuok (Raja Gula) - RM 10 billion
  2. Ananda Krishnan (Raja Telekomunikasi) - RM 7.2 billion
  3. Lee Shin Cheng (Raja Minyak Kelapa Sawit) - RM 5.5 billion
  4. Teh Hong Piow (Raja Duit) - RM 3.5 billion
  5. Lee Kim Hua & family (Ratu Kontraktor) - RM 3.4 billion
Tambahan:
[+] Malaysia's Richest
[+] Berita Harian

Thursday, May 22, 2008

Tukang Tilik, Orang Penting Negara

Taufan Nargis yang baru-baru ini melanda Myanmar telah banyak memusnahkan harta-benda dan meragut ramai nyawa penduduk di negara tersebut. Sehinggakan seorang tukang tilik dari Yangon, Myint Lwin berasa kesal kerana gagal meramalkan kedatangan taufan Nargis di negara itu. Dalam negara yang nasib seseorang, baik bidang ekonomi dan politik ditentukan tukang ramal dan kepercayaan mistik, Myint Lwin berikrar untuk melakukan dengan lebih baik pada masa depan.

Tambahan :
[+] Foto taufan Nargis
[+] Berita Harian
[+] Utusan Malaysia

Monday, May 19, 2008

Dr Mahathir keluar Umno!!!

Dipetik dari malaysiakini


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum itu, semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya, beliau mencadangkan Ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Katanya, ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan Umno Disember ini, Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Beliau terus membuat pengumuman keluar parti apabila salah seorang hadirin mencabarnya membuat pengumuman itu.



"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini.

Dalam reaksinya, seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid, yang merupakan penyokong setia Dr Mahathir dan bekas menteri besar Kedah, turut mengumumkan keluar parti.

Dr Mahathir juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai eluar dari Umno)," katanya.

Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

+ berita penuh

+ Berita Harian

Sunday, May 18, 2008

Isu Blackout Di Sabah


"Di Semenanjung, 1 jam putus, 1 dunia heboh. Di Sabah, seharian... pampasan pun tidak ada....." YB Datuk Seri Ghapur Salleh