Friday, October 22, 2010

Tengok Wayang

Hari Rabu dan Khamis saya pergi menonton wayang. Hari Rabu pergi bersama OC dan adiknya Mastika... Sungguh gembira dapat berjumpa dengan mereka terutamanya dengan OC. selama ini hanya chatting di dalam Facebook, tetapi akhirnya dapat jumpa bersua-muka..selepas habis tayangan, saya menghantar mereka balik ke rumah dan terus pulang ke rumah saya sendiri.

Hari Khamis pula, menonton wayang dengan Esther dan Lydia. Kedua-dua girls ini dari Korea. Seronok dapat keluar bersama-sama dengan mereka. Selepas habis tayangan kami keluar makan. Saya menghantar mereka balik ke Tebobon dan terus balik ke rumah. Saya sungguh mengantok dan penat. Tiba di rumah terus tidur...zzzz





Makan Amal di Beaufort



16/10/2010,tarikh makan amal di Beaufort. Kami bertolak dari Kota Kinabalu pada waktu tengahari dan sampai di Beaufort pada sebelah petang lebih kurang pukul 2.00pm. Selepas menyusun atur peralatan muzik dan sistem bunyi, kami memulakan latihan sebelum majlis bermula. Selepas itu saya, Bobby dan Eddie pergi mengambil Alvin di SK Pengiran Omar 1 di Pengalat, Sipitang.

Pada sebelah malamnya, majlis bermula. banyak acara yang dijalankan dan ramai jemaat Basel dari sekitar Beaufort dan gereja lain datang ke majlis itu juga. Tidak dilupakan Pdt Poiter dan keluarga, Pdt Julius John dan Ansadul. Begitu juga dengan Praktik Penginjil Irene yang melayani di Tenom. Sungguh gembira dapat berjumpa dengan mereka.

Majlis tamat pada pukul 10.30pm dan selepas mengemaskan barang-barang, kami semua balik semula ke Kota Kinabalu.

Latihan Makan Amal

Awal bulan Oktober ini, saya telah menyertai Youth Mission Centre (YMC) untuk Majlis Makal Amal anjuran BCCM BM Beaufort. Amat seronok sekali kerana berjumpa dengan kawan-kawna baru dan lama,antaranya Bobby, Alvin, Eddie, Malik,Elliot,Cha,Esther,Lydia,Pdt Francis,Pjl Soulus dan banyak lagi...sungguh diberkati...GBU